Sunday, August 9

Wasiat ku

09082009.
module 1, kem karismatik di Institut Profesional Baitulmal ( UiTM )

task yg kedua pada harini,
aku ditugaskan utk membuat surat wasiat sekiranya ak sudah tiada lagi pd esok harinya.

isi kandungan surat wasiatku:

SURAT WASIAT

Dari anak ke-3 : Fazlina Aminin

Keluargaku :

Salim Bin Sulaiman
Hamidah Binti Yusak
Fadhilah Syakirin
Farid Hakimi
Farisah Syuhada
Fasehah Husna


Abah, mama .. halalkan makan minumku, wang pemberianmu kepadaku, kasih sayang yg diberikan kepadaku.

Along, angah .. Halalkan pengajaranmu dalam mendidikku, mengajarku menulis, mengenal huruf. Kasih sayangmu tidak terbalas , tidak setanding dengan nilai wang duniawi.

Adik- adikku, Dengarlah pesan kakakmu ini. Belajarlah bersungguh-sungguh untuk membantu ibu bapamu. Perkara ukhrawi jangan ditinggalkan, dilupakan. Jadilah hamba Allah yang dikasihi. Bantulah abang dan kakakmu suatu hari nanti. Berjayalah kamu di dunia dan di akhirat.

Guru-guruku .. Halalkan ilmu yg kau curahkan padaku. Sesungguhnya kamulah manusia yg paling mulia. Ilmumu akan ku amalkan hingga ke lewat usiaku. Maafkanlahku jika terkasar , terguris hatimu, dan melanggar budi bicaraku.

Sahabat-sahabatku .. Andai aku melakukan sebarang kesalahan kepadamu, maafkanlah aku. Begitu juga denganku. Aku memaafkan kesalahanmu dengan seikhlas hati. Jika aku mempunyai hutang kepadamu, carilah hutangmu itu pada ahli keluargaku. Tetapi jika kamu seikhlas , halalkanlah hutang-hutangku sepertimana aku menghalalkan hutang2ku padamu.

Doakanlah kebahagiaanku di sana nnti, doakanlah supaya dipermudahkan segala soal jawabku nnti. Maafkanlah aku, seperti mana aku memaafkan kamu. Wassalam.


END- surat wasiat
time fasi suroh bace surat wasiat ni, aku nangis lima kali.
kenapa fasi tu nk sgt dgr surat wasiat aku?
mngkin sbb time aku tgh tulis surat tu,
aku nangis tak benti2.
sumpah sedih.
hee.. life must go on.
aku dahlah tgh demam, sakit tekak, batuk, sakit dada, selsema, bdn lesu.
sume simptom h1n1 tu lah.
aku duduk bilik 326.
ade sorang budak bilik 324,suspek h1n1.
bilik 327 pon sorang positive h1n1, 4 orang dari bilik 323,322 pon dah suspek,
kene kuarantin.
ya Allah.. jauhkanlahh aku dari bala-Mu ya Allah. amin..

2 comments:

Anonymous said...

x drop no tepon ke?

Mr.J said...

Awak, semoga cepat sembuh k. i doakan awak sihat dan tak ada apa2 . nanti sapa nak gaduh2 dlm ym dengan i . harap2 u xada apa2..

sahabatmu..
Jacky.

Popular Posts