Saturday, March 13

La Tahzan

Jangan bersedih bila seseorang menyakiti anda :))

Renungan :

Firman Allah SWT ( surah ath-thalaq )

.. dan, barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya..

.. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.

Rasulullah SAW bersabda :

Ketahuilah, bahawa pertolongan itu datang sesudah kesabaran, kelapangan dan kemudahan itu datang sesudah kesulitan.

Firman Allah swt :

.. maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (al Baqarah : 137)

Al-Husain bin Mathir Al-Asadi berkata :

Bila Allah memudahkan urusan
tentu semua menjadi mudah
yang keras menjadi lembut
yang sukar akan menjadi senang.
Berapa banyak orang tamak
yang tidak boleh memenuhi keperluannya
berapa pula masa mendatangkan gembira.
Berapa banyak penakut
menjadi menakutkan dan mengerikan
berapa banyak orang yang hemah menjadi kaya
dan berapa banyak peristiwa yang manis
menjadi pahit.
Sungguh dunia menipu
orang kaya boleh jadi fakir
sedang orang fakir dijadikan kaya
setelah melalu kesulitan.
Dan berapa banyak yang telah kita saksikan
orang hidup dalam kekotoran,
sedangkan lainnya menjadi suci
setelah membersihkan kotorannya.

No comments:

Popular Posts