Saturday, January 15

15.01.2011

tarikh yang tertera bukanlah tarikh keramat.
hanya tarikh biasa seperti hari2 biasa berlalu.

*hufff..
bangun pagi pada jam 10.30am
walaupon sudah tersedar pada jam 7.45am
bila sudah terbiasa bangun awal,
nak tido lame2 pon jadi gelisah.
tido2 ayam je bila lihat sabrina di sebelah sedang study finance
"awalnya minah ni bangun.."
sambung tutup muka dengan bantal doraemon kesayangan
selimut ku tarik hingga menutup muka.

lepas gelisah dengar bunyik manusia2 yg jalan menggesel selipar di luar membuatkan aku makin rimas.
"lahai, kenapala sab ni bukak pintu luas2."
memang nampakla sekujur tubuh bertutup kain putih di atas tilam.
aku la tu dengan slimut putihku, ;) hehe

wacky wacky! banyak kerja kene buat harini.
tu lah bila dah tak sengaja fikir buku
yang jarang2 aku fikir pada pagi2
adoihai finance adoihai law adoihai insurance
tak dapat terus berdiri dan berlari,
lepas terjage dari tidur, duduk bersila membatu di atas tilam
menguap2 mcm badak sumbu berendam dalam air.
"eish bangunlah.." *monolog dalaman

bangun mengemas tilam dan katil,
dan laptop yg tersadai kat tepi loker,
mari2, kemas kemas. mengamok makcik sabrina ni nnti.
dah kemas2, berjalan longlai mencapai baldi putih jernih berisi toiletries di hujung katilku di belakang pintu
capai tuala putihku jua.
*putih kegemaranku ;)
kluar ke pintu, nampakla si junior yang ku gelar cacing,
(jiran ku, budak bilik sebelah)
mencebik muka di luar pintu bilik dia
"apesal la nampak muka toya pagi2 ni. spoil mood betol"
kenapa gelaran cacing diberi?
haha, adelah. perangai dari sek menengah lagi.
keluarlah sesusuk tubuh dari toilet yang aku sedang tuju,
menjerit kat sebelah cuping telinga ku
"kau kenapa berdiri kat pintu ni!?" jerit makhlok Allah, kawan si cacing tadi.
desis hati " bengong ke menjerit macam jauh sebatu kawan dia.sakit telinga aku."
yelah, dah namenye perempuan, cakap pelahan2 jela.
tahu tak suara perempuan tu boleh terjatuh hukum haram di dengar bagi sesetengah lelaki,
dan boleh menjadi aurat bagi seorang perempuan.

terus berjalan ke bilik air dan mandi dengan lamenye sambil memikirkan beberapa perkara.
*mmg kadang2 dapat ilham presentation, speech dan segalanya dekat bilik air. *HAHA

---selepas setengah jam mandi---

berjalan ke bilik lagi. * haa hilang dah pon pompuan tadi.
masuk ke bilik, menanggalkan selipar asadi color merah dekat luar, disusun rapi,
malas nak dengar kalau sabrina biseng lagi.
letak baldi dan segalanya di tempat asal kemudian membalut kepala dengan tuala putih dek rambut yg basah.
menguap2 berjalan ke meja sabrina,
*minah ni tak penat ke duduk lame2? dari pukul 8 tadi.

mulakan bicara
fas : "sab, insurance ke?"
sab: " a'ah.."

tu je.
aku kalau pagi2 mmg tak bnyk ckp
tunggu tengahari sikit, siaplaaa...


kemas2 meja sendiri,
beg semalam, beg kelas semua ade atas ni
dengan buku dan duit syiling serta seringgit2 yg bersepah2
ceit, macam anak org kaya.
kemas2..
selepas beberapa lame pintu loker ku tutup dan buka tutup dan buka,
selesai jugak mengemas.
duduk atas kerusi, pandang meja study.
*tak amannye..
pandang sab lagi.
"sab.. insurance tu, banyak ke?"
menanyakan assignment.
"entahla.. ok je kott."
*desis hati. KOT tu kalau takde tak boleh ke?
melihat buku2 tersusun rapi di meja sendiri dan beberapa nota yg diconteng dengan highlighter warne warni
"adoi.. boleh pening lagi kalau mcmni.." -cakap dengan diri sendiri

slow2 ambek buku finance.
FUNDAMENTAL OF FINANCE (FIN 262)
bukak dann....
"errmm.. sab, aku buat soalan no brape?
kalau nak tahu, bab2 homework, assignment, mmg aku malas nak ambek tahu
tanye kawan je. -yelah, dah kate group assignment.
"kau buat soalan yang lasssttttt sekali."
belek2 bukuku..
"soalan last tu, muka surat berapa?*-fazlina malas nak carik
"29 kot."-adeh, KOT lagi.zZz
belek2, ahaa.. jumpa. selak2 soalan dann dannn..
"sab, kenapa aku punye ni susah?"
"entah la. kitorang divide2 mcmtu je.."
"eish ni ape ni, tkde belajar pon."
-mmg suke cakap 'takde belajar', sebenarnye soalan tu susah, pernah je belajar.
mengambil kertas kajang sambil melayan lagu yg dimainkan di handphone sab
dadali- di saat aku mencintaimu
adeih, jgnlah menangis wahai hati
'menyendiri lagi, menyendiri lagi'
mengikut bait2 lagu.
adoi, sakitnya lagu ni..

start menulis assignment,
"sab , pinjam calculator. calculator aku ni, mampos dah."
sab hulur. tanpa bertanya sbb kerja dia dah siap.
membuka towel di kepala, mengambil ellips si vitamin rambut,
ratakan di tgn kemudian di sapu rapi di rambut.
ok. time to work fas.*speaking to my mind

pen pen. adehh. pen ni........ *geram betol
menoleh ke kiri, sabrina lagi.
melihat mejanye berselerak dengan kertas,
*desis hati : minah ni kalau buat keje, bersepah.
teruskan membuat finance.
garis2, formula.
ouch! tertinggal total turnover asset (TOTA)
liquid liquid... ZzZ tak suke nye comotttttttttt
continue dengan tenang, formula disalin,
refer soalan dan balance sheet serta income statement.
hem. menulis, mengcalculate,
1.79x (times).. lower, higher ratios. err.."ni ape nih!?"
refer buku manual. "oh."
sambung balik dan...
OK DONE. siap satu assignment.

"click"
incoming text messages di handphone sab.
"nak ambek makanan ke?" -tanyaku pada sab seolah2 dah tahu bf dia yg text.
"a'ah. kau nak air tak?"
"erm, nak nak. boleh jugak kan."
belek2 wallet. hulurkan rm1.20. *cukup2
"kau nak air ape ni fas?"
"ape2 jela. tak kisah. kau minum ape? bedal jelaaa"
sab turun bertemu si din.
kemudian naik..
sab : " jom makan.. lapar..."
fas buka meja lipat kesayangannya dan duduk bersila di atas lantai sejuk dengan sab.
-macam makan beradab. haha
makan punye makan.
"sab, berapa ni?"
"13 ringget. mahal kan?"
"oh. divide dua..."
"6 ringget setengah" jawab sab pantas.
memang aku bab2 congak ni lemah sikit.
cerite punye cerita dengan sab,
terbuka plak kisah aku kene kacau dengan makhluk Allah si makhluk halus.
syaitan yg direjam Allah.
cerite sampai habes makan, sampai tgn kering.
tengok jam dindeng sambil tgn2 kemas meja
"jom, toilet.."

basuh tgn, pinggan mangkok,
dan mengambil wudhu' sekali.
woooo sejuknyeeeee
baring di atas katil Kak Mai.
huhu.
katilku penuh baju kurung baru angkat di ampaian
baring2.. yang ditunggu2. azan
duduk di meja study balik, continue homework dengan insurance.
belek2 dulu mcm biasa.
"fas, pinjam telekung."
"ok" jawabku pendek.
selesai sab solat, sedang melipat rapi kembali telekungku.
"biar je sab, aku nk sembahyang jugak."
selepas usai ..
duduk di atas meja study balik.
buat insurance ni.. adeh leceh.
"sab, essay kau panjang? tengok.."
-sab tunjukkan kertasnye..
"ek, camtu? section C kan short essay je, tu panjang"
"entah, aku buat jela. bedal. malas nk fiki."
"ok. em nak buat camtu jugak ke? alahai panjangnyeeeee.."
fas continua menulis INS di header kertasnye.
"sab.. pinjam pen. mangkok betol pen aku ni."
belek2 kertas sab yg byk2 tu, tereng! pen.
cntinue.. OK DONE. "sab, stapler ade?" -aku ni ape je ade? haha
sambil hulur kertas kat sab.
sab capai dan.. " cantiknya kau tulis. aku cincai je."
"eleh, tengah ade mood nk blajar ni sab. biarla cantek sikit. kang aku dah hilang mood, macam ECO sem lepas, daripada correction kene buat 20helai, 10helai je aku buat."
"haha. kau memangg.. sukahati je."
fazlina aminin senyum. -perangai aku ni, eish bila nk berubah.
kemudian membuka cerita tentang sahabatku, aizat idris, pmilik buku rabiatul adawiyah yg telah dipinjamkan kepadaku melalui pos laju.
cerite pasal MGT yg sedang diambil aizat sekarang dan MGT yg same yg telah kami ambek mase sem 1.
cerite punye cerite, aku tercerite pulak perkara yg mendatangkan marah sab.
"kau memang! aku tak boleh ingat betol! geram aku.. sbb aku dah target A"
haha. bukan ape. kisahnya.
mase paper MGT yg diambil kami ketika sem 1,
ade satu soalan pasal intermediaries communication. the barriers.
mase tu, aku mmg blur. ape bnde ni.
lepas tgk org sebelah. "lahh.. bnde alah tu ke?"
haha. tulis dengan pantas menjawab paper.
mane tak marahhhhhh.
classmate sume tahu aku tiru paper tu.
tapi, orang yg aku tiru tu B+ dan aku? A. ampunlaaa....
"kau mmg fas! siot betol. kau tiru aku. kau yg dapat A. eii geram pulak la aku." kata Acap.
haha.
mmg tak boleh diungkit kisah tu. mendatangkan marah ramai pihak. ampun ampun.
selesai assignment sume pada tengahari ni.
bukak LAW.. *ok dah start migraine. bace jela..
err.. tak boleh tak boleh. tutup buku law.
"nak online la. sab pinjam berok (broadband)"
" ha tuuu"
shinggalah yg terjadi sekarang :))
heee
tiada ape yg menarik. cuma nk kongsi kisah separuh hari pada hari ini.

sab : " fas, ape jdi ea kalau aku tinggalkan kau sorang2 harini? "
fas : " aku nangess nnti. jangannn."
sab : " heish kau ni. jangan macam2 weih."
fas : " serius, aku tak boleh lonely. kau nk kluar dgn din pukul brape?"
sab : " entah, tak tahu lagi. nnti aku belikan la dinner skali."
fas : " ok la kan.."
sab : " kau jgn nak nanges2 weiyh. relax sudah. jgn jadi mcm kau dengan si SI kau tu dulu. bukan main sedih lagi "
fas : " itu aku mmg dah lupe. taknakla nanges sampai camtu sekali. dah keringg dah air mata aku."
sab : " relax sudah, takyah nanges2. "
fas : " takleh oh mase tu, Roa sebut je name SI tu, aku terus nanges. mmg mase tu aku sedih sangat."
sab : " dah la. kau jgnla mcmtu."
fas : " taklah. malas la.. malas nk sedih2 dah. adoi entahlah.. kalau au sedih, dari haritu (isnin) aku dah nanges dah. nampk ke aku nanges? tak kann.."
sab : " depan aku mmgla tak.."
fas : " eish.. shh! diam lah."
sab : " HAHAHAHAHA" -gelak besar

:)) bye salam. jom solat. dah masuk waktu asar



No comments:

Popular Posts