Thursday, January 13

..

assalamualaikum.

diaryku Sufi,
tatkala ini aku bersenandung duka lagi.
inikah tanda sayang Allah padaku?
mengujiku dengan perasaan yg aku pasti tidak dapat tahan jika dikhianati,
perasaan yg aku pasti tidak dapat tertahan jika digores oleh ar-Rijal yakni lelaki.

pincang sungguh kasihku
murah sungguh air mataku
bagaimana kau melihatku ya Rahman?
sungguh aku kerdil dengan rindu padaMu

Sufi,
mereka kelihatan senang tertawa,
kelihatan tiada duka.
tapi apa yg mereka rasa?
penyakit hati yang tiada penawarnya
hanya mengharapkan dari amal Taqwa

Sufi,
tahulah aku tentang hikmah di sebalik kejadian
Diciptakan aku begini dan begitu,
supaya tiada siapa yg menyerotkan pandangannya padaku
tiada mata ajnabi menoleh buat kali kedua
tahulah aku,
tentang kebaikan segala ciptaanNya

Sufiku..
berapa kali lagi hati ini mahu diuji?
sedangkan inilah yang membuatkan sendi2 ku lemah utk berdiri.
setiap kali terjadi,
Allah berikan aku kesakitan,
panas badanku Sufi,
menggigil tubuhku bila dikhabarkan begini dan begitu.
aku gigihkan diri untuk sujud padaNya,
inilah balasanku yang tidak pernah serik.
tapi sesungguhnya, aku bersyukur,
kerana dengan sakit ini,
Allah ampunkan dosaku.
Syukran ya Rahman.

Sufiku,
baiknya Rahman, kerana memberiku peluang.
sayangnya Dia padaku,
menguji ku dengan pelbagai jenis ujian.
asif ya Rahman,
ampunkan aku.

Sufiku,
ternyata anggapannya salah,
tika mengatakan aku sudah biasa.
tatkala biasa inilah yg paling berbisa,
yg sering aku jauhkan,
tapi semakin jauh aku berlari,
semakin rapat kesakitan ini mengejarku.
perit ya Allah.

sudah biasa tidak bermakna tidak tersisa,
kerana aku insan bernama an-Nisa,
yang senang terluka,
egoku dilenyapkan sahaja.
berdiam diri bukan bermakna suka,
tapi aku terpaksa,
jika ini sahajalah cara
untuk aku bersabar dalam segala.

adu tangis senduku kini hanya di tikar sejadah,
agar sahabatku tidak melihat aku ini insan tergadah.
bukan aku berdusta, tapi hanya helah,
agar lenyap perasaan kasihan,
dan terbit kasih sayang dari tuhan.

yang menyakiti,
jika dapat digambarkan keperitan ini kepadamu,
akanku tunjukkan kepadamu betapa sakitnya aku,
yang selalu merangkak merayu,
lirih kasihku tiada siapa yang tahu.

biar ku pendamkan perasaan ini,
sudah ku tutup rapat si pintu hati,
agar takkan terketuk lagi,
oleh insan bernama lelaki.

terbukalah pintu hati ini,
jika di ketuk oleh pengarang hati,
dengan izin abah dan umi,
serta barakah dari Ilahi.


la tahzan, innallahi ma'na,
wa innalahi ma'a as-sobirin.


ma'a as-salamah
ANAMY

No comments:

Popular Posts