Sunday, June 26

an.nisa..

sayangku an.nisa'
cinta itu fitrah. memang benar.
tapi fitrah untuk bercinta adalah kepada Allah. itu yang pertama.
pemilik cinta kedua kita adalah Rasul Allah SAW..
dan yg ketiga, lemparkanlah cintamu kepada sesiapa yg bergelar manusia.

sayangku.
ingat tentang satu perkara,
cinta manusia itu memudharatkan iman,
memudharatkan kewarasan akal fikiran,
jauhi cinta manusia adalah perkara mulia,
kerana ia menjauhkan kita dari bisikan syaitan pendusta..

sayangku..
ingat lagi tentang satu perkara..
jika idamkan hubungan yang terjamin dan terjaga,
maka wajib menjamin dan menjaga hubungan yang utama,
yakni hubungan dengan Allah,
kerana cinta datang dari Allah,
insan yg kita cintai juga milik Allah.

sayangkuu..
ingat.. jika mahu pilih pasangan hidup, jangan pilih semata terbaik untuk diri,
ingat satu hari nanti,
kita akan punya zuriat dan generasi,
siapa yang akan membimbing mereka kalau bukan pasangan kita..
maka pilihlah pasangan hidup yg mampu mendidik khalifah junior kita,
semoga kita kecapi syurga ukhrawi bersama kesayangan kita.

sayangkuu..
jangan pernah mengeluh dengan dugaan dunia.
kerana Allah berikan dugaan kepada yang Dia kasihi,
dan dosa-dosa kecil akan terhapus ketika kau banyak bersabar,
juga jangan pernah mengeluh, melatah dan mendengus!
kerana perbuatan itu adalah sia-sia,
yg boleh hapuskan kasih cinta Allah kepada hambaNya.

semoga kau memahami apa yg ingin ku sampaikan..

sayang-sayangku,
ingat tentang satu perkara..
jaga auratmu.. jaga pandanganmu.. jaga akhlakmu.. jaga amarahmu..
kerana aurat itu mendatangkan fitnah, dan pandangan itu adalah panahan dari iblis,
akhlak itu sebagai pendinding, dan amarah itu sifat syaitan..

ingat Rasulullah, ingat Allah..

No comments:

Popular Posts