Tuesday, June 28

tabahkan hatiku

selasa, 10.06 minit malam.

sedang ghalit membaca cinta sang ratu, sambil tertiarap di atas katil aspuri IPB,
sabrina yang sedang online facebook nye tiba2 memanggil..

" fas...", dengan suara yang bernada sedih
-" kenapa? ", curious fas tanya
" takde ape, " sab geleng kepala..
- " kenapa kau ni?", masih curious.. lepas dah berkali-kali tanya, fas pon bangkit, terus pergi ke arah meja study fas, tempat sab duduk di hadapan laptop meng'online'kan diri.
fas duduk rapat sebelah sab sambil membelek screen laptop acer Ji.

'gambar kahwin..', hanya boleh diungkapkan dalam hati. tak mampu fas nak sebut nama lelaki di dalam gambar tu even terdetik dalam hati.
semalam, penat cerita dengan Ain dan Eizzah, apa yg sebenarnye berlaku dalam hubungan Fas dgn dia, beberapa tahun yang lalu. Sedih Fas yang bukan kepalang, even sebut nama lelaki tu pon boleh buat Fas menangis, buat Ain seriously curious nak tahu ape jadi, macamane boleh jadi..( cerita 2 tahun lepas.. )

lepas satu2 fas cerita, Ain dgn Eizzah betol2 marah dekat lelaki tu.
nasib Fas, SI bukan jodoh Fas. memang tu yang Fas sedapkan hati hari2,
tapi apa daya? ayat keramat, " kau cinta ketiga ku selepas Allah dan Rasul " mungkin jadi penyebab kenapa dia masih bersisa di hati. sungguh ujian Allah.. sungguh dah tertutup pintu hati ni..

Ain lepaskan keluhan marah. " eiii! sampai hati dia! "
nak buat macamne. nasib baik Allah tunjuk kat Fas perangai dia awal2. Alhamdulillah..
hiba lagi bila 3 bulan sebelum putuskan hubungan, Fas penah bagi dia pilihan..
" kalau ada org lain, bagitahula. Fas tak sedap hati.. bgitau awal2. Fas boleh terima. "
SI nafikan suma benda umpama berlagak setia.

percayalah, memang sebelum kau kahwin, hampir hari2 kau call aku rayu mohon maaf.
maafmu tak setimpal dengan perbuatanmu. tunggu sampai hati ini benar2 terbuka untuk seorang lelaki lain,
baru aku dapat maafkan kau Shahrul Idham. your simple sorry couldn't change anything.

SI : " kenapa dah ego melangit sekarang ni? "
fas : " tanya diri sendiri. "
SI : " susahke awak nak maafkan saya? "
fas : " susah gila. ang tahu apa?! ", melenting. sungguh dia tak tahu betapa lukanya hati ..dialek utara saja digunakan, memerli kekasihnya yang pernah memaki hamun Fas, sedangkan dia tidak tahu apa2, bahawasanya lelaki yang jadi kekasih hatinya adalah pendusta.
SI : " besar sangat ke salah saya sampai awak susah nak maafkan? "
fas : " awak fikirlah sendiri.. awak dah cukup tua nak fikir sume bnde ni. "

line telefon senyap tanpa suara.

fas : " bila nikah? "
SI : " 27/4/2011 nanti, insyaAllah.. "
fas : " okay. jangan nak anta kad kat saya. saya taknak datang.. "
SI : " kenapa? at least awak dah lepaskan beban hati awak.. "
fas : " tak rasa..., senang la cakap itu ini. cuba merasa, confirm kau takkan cakap mcmni.. ", berkata kasar.
SI : " yelah.. tapi.. lupekan lah. "
fas : " ey! ang senang la cakap! ang pi kedah aritu ang kata ang antaq rombongan minang sepupu ang. menipu je kan keje ang ni?! ang yg pi minang, awat tak cakap terang2 je? ang ingat aku nak dok terhegeh kat ang ka? ang ingat aku ni apa? "
SI : " dah la awak. takyahla marah2.. maafkan aku bhaa.." , dialek sabah keluar.
fas : " kau cakap senang bha.. ye aku tak marah2 kau lagi. tapi nak maafkan kau tu, susah.. "
SI mengeluh berat. " kenapa fas keras hati sngt sekarang? dulu fas lembut orangnya.."
"benda dulu jangan nak dok sebut la.", serius fas menyinga
SI : " ego jugak awak ni sekarang.. "
fas : " dah la.. tak payah nak call lama2. kesian tunang awak tu. jgn buat kat dia macam awak buat kat saya. tak kisahlah dulu dia penah maki caci tuduh fitnah apa pon kat saya sebelum ni, ingat.. fas tak simpan dendam kat dia, sebab sepatutnya awak yg cerite sebenar kat dia. salah awak buatkan dia fitnah kat saya! "
SI : " ye.. saya minta maaf Fas.. "
fas : " ha dh la. awak nak kahwen dah. sebulan sebelom nak nikah tu, stop2 la contact saya. kesian bakal bini ang tu.. "
SI : " yelahh.. "

perbualan sampai situ je. takde sambungan sampai harini. tarikh manis dia tersemat dlm memori Fas.
semoga dia bahagia dengan jodoh dia, insyaAllah.

gambar perkahwinan dorang di Facebook fas tengok satu persatu melalui account Sab. Fas keraskan hati, tabahkan jiwa, berlagak macam takde ape2. sungguh takkan pernah boleh tengok guna account Fas, suamiisteri tu dah fas block dalam account facebook. akanku block dari benak hatiku.

Fas tutup muka guna towel yang litup kat kepala. menangis menjerit tak dapat mengawal emosi. esak tangis Fas, sab dengar semuanya. Sab pon menangis, tak dapat bayangkan kalau dia jadi Fas.
Fas : " kesiankan jadi aku... ", perlahan je suara aku.. hiba, pasrah.. takde perasaan marah tgk gambar tu..
Sab : " tu lah. kesian jadi kau.. " sab cuba gagahkan diri.

facebook : wall post sab di profile Fazlina Fazminin..
> Fazlina Fazminin: 'Fas' ap jenis nama 2?..i prefer to adress you "Lin"....
=) sabar ea... ak tw kw rindu.. tp.. ak pn ad jgak nk dengr masalah kw... =)=)=) sementara nak tunggu buln puasa ni.. mne tw dye wt panggiln hangit ke.. =)
sab, thanks. janganlah nangis jugak.
AIN : " fas! macamane kau boleh tabah macamni?! ", menempik sedih bercampur marah bila tengok gambar perkahwinan SI.
ain, Allah je tahu dalam hati aku ni..
korang pekik melolong mencarut marah pon, korang tak rasa. Fas yang merasa ni dah tak tahu nak buat mcamane. marah? bukan hak aku. sedih? bukan hak aku. gembira? aku doa kau berbahagia je.

sedih fas, pilu fas, tangis fas, percayalah.. Fas redha dengan perkara ni. dia bukan jodoh Fas.
puas dulu fas sepikan diri seminggu, sampai abah perasan. " blaja elok2, jangan frust2 sngt. "
mama tanyekan dekat alongFarah : " kak lin dengan siapa sekarang? org pahang mane? "
alongFarah : " tak tahu la dengan sapa. tapi orang pahang tu dah tinggal kenangan.. "

tabah Fas harini, Alhamdulillah, Allah yang bagi.
seminggu kurung diri dalam bilik, Allah je yang mampu Fas mengadu. sungguh Allah..
jika perkara ni tak berlaku, aku tak nampak betapa agungNya kasihMu kepadaku..
terima kasih Allah. hikmah yang besar.

sab dengan ain tak habes sedih. sab terus menangis-nangis sampai sembab mata, merah hidung. macam dia plak yg alami. ain plak try carik solution dekat fas. tak habes2 bagi nasihat dan kata2 semangat. padahal si ain tu tak habes menghentak dan mencampak barang2 dia, marah.

sungguh.. kisah 2 tahun lepas, macam baru semalam. berbekas kat hati rakan2 yg memahami, apa lagi hati fas yg rasa sendiri ni..

La Tahzan, Innallahi ma'ana :)

aku punya sahabat yg hebat. menangis ketikaku bersedih. dan terus menangis ketika ku dah berhenti menangis. sungguh aku punya sahabat yg hebat.

'moga hatiku terbuka untuk suamiku sahaja. cinta selepas nikah itu lebih indah, insyaAllah.'

No comments:

Popular Posts