Open Playlist Song. Searching track.
Set fire to the rain
by Adele. *PLAY*
Bila bertemu matahari dia mengukir senyuman paling manis.
Bila saat matahari hilang mentari, hatinya seperti turut sama pergi membawa gembira
yg dialami tadi. Malam, kadang-kadang kau lakarkan rembulan yg mampu datangkan
rasa puas hidup di dunia. Namun dalam duniaku, senyum tawaku walaupun kuat
mengilai menggila, aku tetap rasa perit derita.
Qisya.
Nama gelaran yg berikan teman baiknya, Adzan.
Persahabatan jarak jauh. Wujud bagi mereka berdua yang tidak pernah
berjumpa. Cukup sekadar berkongsi cerita melalui sms, kadang-kadang bila Qisya
menggila, ada sahaja idea nak prank call
Adzan.
10
things about me
SMS dihantar. Qisya menunggu. Sungguh kadangkala SMS dihantar
kepada Adzan untuk menghilangkan rasa bosan.
SMS diterima.
Friendly. Fun. Wise. Caring.
Cool.
Chaotic. Speed talker. Weird.
Pitiful. Detailed *very*.
Qisya tidak puas hati dikatakan ‘pitiful’. Jadi Adzan gantikan ia dengan Handsome. “eh aku ni hensem ke?”, ngomel Qisya.
“Mungkin comel, ataupun cantik
ataupun cun gila kan. Adzan ego la tu.”, Qisya tersenyum sendiri. Hilang rasa
bosan tadi.
Adzan. dia pembawa semangat Qisya ketika Qisya hanyut dalam derita
dek bahana putus cinta. Ayat Adzan mudah. Cinta Allah itu cinta sejati. Huluran
pos buku Rabiatul Adawiyah daripada Adzan dari Sibu, menjadi teman ketika duka.
Sekurang-kurangnya, ada ilmiah di isi daripada terus membazir menadah takungan
air mata. Itu lah pendorong Qisya. Rabiatul Adawiyah. Serikandi Islam.
Shahrul Idham Abdul Hamid. Lelaki yang
dulu dibenci Qisya gila-gila tak beringat bencinya, entah bagaimana bencinya
itu diganti dengan bercinta. Betul kata orang tua, jangan dibenci sangat, takut
nanti jatuh suka. Mulut masin si Angahdira, adik sepupu Qisya membuka satu
deria instinct Qisya. Seminggu tidak mendengar khabar berita buat Qisya rasa
kekasihnya seperti tiada. Orang putih kata, GONE.
Betullah kata
hati. Qisya membuat keputusan menarik diri dari cinta tiga segi seorang lelaki
dan wanita yang usianya lewat 30-an, yang ‘matang’ seperti cinta monyet.
Main-main. Seminggu Qisya diam, jadi zombie dalam rumah sendiri. Memerap tidak
beragak. Kepam berlecak ketiaknya mungkin dalam bilik bahang, umpama hilang
pedoman. Gila. Cinta itu boleh buat orang jadi gila. Betullah kata Adzan, sudah
bercinta dgn Allah, baru Allah berikan cinta manusia. Ah, lambat benar Qisya
nak paham benda mudah. “lampi kau Qish!”,
Qisya melenting pada pantulan muka sendiri.
Open Playlist Song. Give me some sunshine by Suraj Jagan. NOW PLAYING~
Pencicit
teman setia remaja 21 tahun ini. Dirinya tampak lebih berani bernada lantang
setelah pelbagai masalah dia pernah harungi. Di blacklist sebagai ancaman kepada pihak pentadbiran di kampusnya,
umpama di dahinya bertulis I AM A
TERRORIST. Siapa sahaja pihak atasan yg tidak tahu menahu penulisannya di
blog yg mendedahkan aktiviti ‘bodohkan
pelajar’ menggemparkan dan berjaya menakutkan semua staff pentadbiran di
kolejnya. Apabila ke blok pentadbiran, langkahnya berlagak Nauzubillah. Puas hatinya
dapat menghebahkan penipuan dan alasan belaka pentadbiran di kolejnya. Qisya
Quraisya. Nama sole-author blog DiaryMurka. Hasil tulisannya di cetak dan diagihkan
ke semua staff termasuk para pensyarah. Tapi betapa kukuhnya bukti dan padunya
cynical Qisya Quaraisya ini, senior lecturers di kolejnya gelak terbahak
apabila Unit Pentadbiran goyang lutut dengan penulisan umpama satu karangan 2
muka surat itu yg penuh cerita ‘sindiket’ Hal Ehwal Pelajar.
-------
Perilaku
seperti tidak pernah punya masalah, kelihatan sedikit berada dan tegas air
mukanya. Siapa yang tak pernah kenal mesti first
impressionnya anggap dia ni garang gila. Itulah yg kawan-kawan Qisya pernah
katakan sepanjang perkenalan 3 tahun pengajian diploma bila mengungkit kembali
zaman newbie dalam kampus. Sebalik
wajah garang Qisya, dan tuturnya yg kasar, Qisya suka berjenaka dengan menyakat
rakan-rakannya sehingga bergegar satu bangunan asrama perempuan tu dgn
jeritan., “Qish niiii!!!!!!!”. Alah. Bergurau je..
“Sab, aku
nak cerita something dengan kau.”
“Cerita ape kau ni Qish? Serius je bunyik
takut lah aku, tak penah2 kau ni.”
Malam itu malam Qisya ceritakan satu kisah sedih hidupnya. SATU
sahaja. Sab menangis bila Qisya luahkan segala yg terbenak di hati. Sab, rakan
sebilik Qisya tidak pernah menyangka, kawan yg riang di hadapannya ini harungi
kisah hidup yang perit. Malam itulah Qisya lega. Dan sejak malam itu lah, Sab
tidak akan biarkan Qisya duduk sendirian.
Takut menangis meroyan sensorang katanya. BAIKLAH.
-------
Earphone putih berjalur biru
dipasangkan di telinga. Qisya rancak mendengar lagu dalam playlist handphone
Android Xperianya. Menghadap siling putih ruangan bilik asramanya, Qisya
menuruti lirik lagu dan bait melodinya.
Tuhan
berikan aku cinta – AYUSHITA. NOW
PLAYING~
Bunyi esak tangis. Qisya terdiam. Terus menekan punat pause pada skrin sesentuh henfonnya. Qisya
amati bunyi tangisan. “Ah. Ini realiti.
Siapa pulak yang menangis?” Qisya
sering mendengar laungan pelik dari makhluk invisible di kampusnya. Makhluk
halus orang kampung kata. Kadang-kadang namanya diseru. Kadang-kadang ada yang
mebisik di telinganya. Terbiasa. Qisya meniarap. Menghadap Sabrina yang sedang
amati skrin laptop.
“yang
minah ni bukak Facebook pon nak menangis esak2 pehal”, sindir Qisya
dalam hati.
Qisya menghampiri Sabrina dan terus
duduk di sebelah menghadap skrin laptop milik Sab. Gugur jantung Qisya. Luruh
hatinya seperti dia jatuh terjerumus. Ah! Tiada perumpamaan scenario yg sesuai
nak digantikan dengan apa yang Qisya rasakan. Sabrina menangis teresak melihat
gambar Shahrul Idham akad nikah dengan wanita yg Qisya pernah bertikam lidah
dulu. Apa guna nak tahan sebak. Sedangkan Sab yang hanya tahu cerita kami,
terus menangis melihat Shahrul Idham berjabat dengan Kadi.
“korang
sayang sama sayang tapi betul-betul takde jodoh kan?”, jelas
perkataan Sab hinggap di telinga. Dadanya sebak, teresak menahan tangis. Diam.
Tiada jawapan. Hati mengiyakan.
“Sab, kau
rasa mcmtu, aku ni, lagi sakit sab..”, pilunya hati.
Malam berlalu. Mereka sudah lena tidur kepenatan dgn rutin kelas. Qisya
menangis di atas tikar sejadah selepas sujud terakhir Isyak. Bangun membetulkan
diri dan mengangkat takbir. Allah, berikan khusyuk kepada solat hajatku . Mohon
agar dikuatkan hati, jangan terima cinta manusia sebelum cinta Ilahi. Matikan
Hati. Matikan hati.
_____
Semester
6. Qisya berada di semester terakhir. Semua parut luka telah
terubat. Qisya peroleh kekuatan seperti kereta mendapat enjin baru. Siap
booster dan kuasa nos bagai.
“Jangan diungkit. Mati lu!”, jerkah Qisya pada sahabat yg ada hati nak kupas cerita
cinta mati tu.
~
Qisya terseksa dengan masalah
keluarga. Bukan tidak sayang keluarga sendiri. Bukan tidak mahu pulang ke rumah
dan salam cium tangan ibu bapa sendiri. Cukuplah sebelum ini, bila pulang
disangkakan akan release segala beban belajarnya. Tapi yg diharapkan umpama
menunggu jongkong emas timbul di kolah bilik air. Dibodohkan diri sendiri, “kau
tahu kau bertambah tensi bila balik, kau nak balik jugak!”, marah Qisya.
Sungguh selerak biliknya. Malas hendak mengemas. Mahu saja dia pacu kereta
hijau kataknya segera pulang ke rumah sewa. Batin terseksa.
Qisya hidup dalam sebuah keluarga yang
sedikit hampir dengan kemusnahan. Kebahagiaannya umpama di hujung tanduk seekor
kerbau tua yg bakal jatuh terjelopok mati.
Sebatan tali pinggang, rotan keras, hanger, apa sahaja yg tidak pernah
hinggap di tubuhnya? Lebam2 biru ungu merah, telinga berdesing di tampar kuat,
terasa hampir berdarah rasanya perit sebatan bila pukulan kuat tali pinggang
kulit hinggap di tubuhnya.
“Perempuan. Aku perempuan. Aku lemah.
Tubuhku lemah..”, hati meronta sendiri, tidak didengari. Bila di tumbuk, di tampar, sudah lali
rasanya. Tidak berbisa cubitan kecil kawan-kawan bila hinggap di lengan, tidak
perit sakit mengaduh bila tumbukan rakan hinggap di tangan. Kuat? Bukan. Inilah
pengalaman dan pelajaran hidup namanya. Aku kuat seperti konkrit di luar, aku
rapuh seperti kaca retak di dalam.
DiaryMurka selalu jadi mangsa aku
tempiaskan marah, baran, sebak, tangis. Sungguh, tidak aku sangka, cerita
hidupku yg aku coretkan di DiaryMurka dibaca sahabat-sahabat.
“Patutlah…
aduh. Patutlah dorang concern semacam!”, keluh Qisya selepas dapat detect Sab dan lain-lain semacam
perangainya. Qisya mengusap muka sendiri.
Qisya tidak mahu cerita hidupnya
menjadi tumpangan simpati tagihan kasih rakan-rakan. “Berkawanlah dengan aku
macam biasa. Jangan kasihan, jangan simpati.” Tak sangka Sab sanggup ceritakan
semuanya kepada bondanya sehingga dikirimkan kepada Qisya sebuah bekal berisi
nasi berlauk sambal ikan. Tersenyum girang Qisya menjerit, “wahhhh sedapnya!”
padahal Qisya rindu masakan ibu sendiri. Tangis Qisya dalam hati tidak
didengari.
Qisya conteng DiaryMurka dengan kisah
mohon maaf Qisya kepada ahli keluarga. Itu yang menyayat hati mereka
rupanya. Kisah seminggu dengan RM1, Qisya yang gagah puasa, bila berbuka ada je
rezeki diberi oleh rakan-rakannya. Betullah. Cintakan Allah, Allah mudahkan,
tolong hidup kita. Dia kekasih setia kita. Hati Qisya mati dengan cinta duniawi.
Terkunci rapat sukar dicapai mana-mana lelaki.
A woman’s heart should be so close to
God that a man needs to seek Him in order to find her.
Qisya pahatkan kata-kata pembakar semangat diri itu dalam diri.
Cinta ilahi Cinta Mati. Hatiku mati pada cinta Sang Ilahi. Biarlah seorang
lelaki mencari Allah sebelum bertemuku. Cintaku bersemadi dengan nama Ilahi. Hatiku
mati.
Anak-anak,
Andai
cinta manusia itu engkau katakan indah,
Kau
baru merasa setitik air garam yang engkau cedok dari sebuah lautan luas.
Garam
yg kau rasa masin dalam mulutmu,
Belom
kau rasa masin yang di dalam lautan luas itu.
Anak-anak,
Cinta
mati ku yang pertama milik Tuhanku,
Kemudian
RasulKu,
Barulah
lahir untuk ayahmu,
Ayahmu,
yang memilikiku, milik anak-anakku.
Takkan
aku didikmu dengan herdikan, cacian,
Ataupun singgahan penampar yang menyakitkan,
Aku
merasai keperitan itu dahulu,
Aku
akan didikmu dengan sepenuh kasih cintaku.
Anak-anakku,
Jadikan
cerita ibu pengajaran,
Ia
separuh daripada pengalaman ,
Yang
mengajarku apa kekuatan dan kelemahan,
Ibumu
lemah tiada daya kerana kurang rasa cinta keluarga,
Ibumu
kuat berdiri atas kudrat sendiri hadiah dari cinta Ilahi.
Anak-anakku,
Syukuri
atas segala apa yang termampu,
Jangan
pernah minta lebih ikutkan nafsu,
Amalkan
cinta mati yang aku berikanmu,
Matikan
hati untuk Tuhanmu.
Anak-anakku,
Banyak
ilmu yang ingin aku ajarkan,
Andai
mampu dan punya masa serta diizinkan,
Aku
mahu engkau senyum ketawa bangga dengan semua bimbingan,
Yang
telah ibu ayah berikan.
Pelihara
imanmu anak. Pelihara akhlakmu sayang.
Pelihara
akidahmu rinduku. Pelihara agama kita, cintaku.
Open playlist song. Something Super by
Yuna. NOW PLAYING~
You
will see
I
am better
I
am faster, stronger
I
am happier when you by my side
The
truth is
I
was never more than this
Something
kept me from reaching out
For
something
But
my heart is wanting
What
it’s looking for
Then
you came
You
turn me upside down
I
am no longer afraid of chasing
Possibilities
I’ll
be the last one standing.
*stop playlist track*
Salam sayang dari ibumu,
Qisya Quraisya
Untuk anak-anakku,
King
& Queen of my heart.
Hati Mati.
karya hati faz.
2 comments:
sye menangis.. :( dan sgt terharu.. :( ak rse mcm ak pn alami bnda yg sme.. sdey sgt2.. sekrng pn mcm retak menanti belah je.. tpi ku diamkan mulut ini seribu bhasa.. krana itulah yg terbaik..
=)
Post a Comment