Thursday, August 30

tangisan hati

"Abah ni mana, mak ni mana, tak nampak ke anak dia konvo ni?" - siswazah 2012

Berdiri sendiri, keseorangan lagi.
Penat aku rembeskan peluh usaha utk kalian hadir. aku dipandang enteng. apakah tidak bermakna kejayaanku?

*berdiri di atas kerusi*
"When I say 3, smile.... 1, 2, threeeee.." *senyum
Perlihatkan senyum manis palsuku. aku menangis di dalam hati.
Masih sendiri. aku perhatikan aksi di depan kamera bertiga. seorang ayah, ibu, dan anak. memegang bunga, ada yg janbangan coklat, senyum.
Apalagi yg aku harapkan? kalau nak, pergi beli sendiri semua jambangan. kalau takde duit, diam diam.

kalau ini yang terakhir utkku, aku maafkan kalian yg tidak duduk lama menunggu aku naik ke atas pentas. kalau mungkian tiada kali kedua, aku anggap yg pertama ini terindah buatku, walaupun aku menanges tanpa kehadiran kalian.

Tidak aku marah, aku memahami kalian. satu permintaanku, sudikah kalian memahami isi hati anak mu ini? tidak aku minta kau duduk lenguh, berdiri penat. tapi aku hanya minta kau lihatlah titik usahaku.

Aku, masih dipandang sepi.
Kalau lah ada yg kedua utkmu perlihatkan, bersyukurlah. kalau yg prtama ini yg terakhir, maafkan aku. aku menangis. sedu sedan. bukan aku marah, cuma mahu kalian faham, aku anakmu, yg masih memerlukan perhatian.

*simpan gambar graduasi dalam laci*
Satu hari jika engkau terjumpa gambar ini lalu berkecil hati kerana tidak aku tunjukkan kepadamu, fahamilah. aku berkecil hati kerana berdiri di dalam gambar tanpa disaksikan kamu.


No comments:

Popular Posts