Friday, February 18

manners

*tarik nafas.. lepas..
sumpah aku rasa aku ni ada masalah personal. macam, banyak personal, karakter. duplication. huh? zZz
emosional tak tenteram, gangguan psikologi daripada beberapa pihak, jadi kesian kat siapa-siapa yang bace blog aku ni, mengalami masalah mental sama macam aku sbb entri-entri aku yang sentiasa kusut dengan hari-hari aku yang cukup serabut. ape ape pon sebenarnye aku nak nyatakan pendapat aku kat sini pasal Facebook. memang mostly manusia moden sekarang ni yang minat sangat nak menyelongkar dunia sosial, ada Facebook. kan? aku termasuk dalam kalangan manusia tersebut. tapi, nak sosial guna sesawang canggih ni pon mestila ade manners.

contoh #1 :
 " malam ni overnight dengan hubby nak manje2 "

ape pendapat korang tentang status di atas? aku rasa jijik sangat. post tu aku bace mase Valentine's Day. relationship status kat profile minah ni yg aku terjah, bukanlah MARRIED ke ape. tapi aku rase orang dah kawen pon taknak cerita hal atas ranjang kat orang lain kan. sumpah aku tahap pelik bace status tu. ape maksud kau perempuan dengan manje2 dengan hubby? aku rase macam nk muntah hijau kat muka dia puas-puas. kau tak malu ke ? ei aku malu la bace status kau tu. tahap petala ke berapa punya jijik aku pon tak dapat nk identify dah. memang sumpah jijik! henti-hentikanlah post status yg macam jual maruah sendiri tu. macam kurang kasih sayang je aku tengok. kesiannnnnnn kau.

contoh #2:
status mencarut-carut yang aku sendiri taknak type. heish... gila ke? aku tak kisah la kan kau nak marah kat siapa pon, tapi jangan la jadikan pengkayaan bahasa korang dalam carutan indah tu di post di Facebook. adoi. masalah betol la korang ni. kalau lelaki tu, memang aku biasa tengok la kan. lelaki ni pulak memang dah azali sikap kasar dorang. tapi alahai si perempuan. kau rase-rase kau post status yg berperkataan *UCK tu, ape kau harap? pejadahhh la. pikirla panjang sikit. kau rase carut-carut kau kat facebook tu boleh dapat award ke? THE BEST CARUT EVER. never exist la weiyh. makhluk-makhluk yang post status mcmni, aku rase korang loser la. seriously loser. tak dapat nak atasi kemarahan sendiri, nak lepaskan kat medium worldwide pulak. bijakkan diri anda sikit boleh tak?

contoh #3:
" baru beli rim 16 untuk kereta Civic aku. fullaweh "
why need to mention kereta kau kereta apa, kau beli apa dan sebagainya kalau bukan kerana nak menunjuk-nunjuk kan? kadang-kadang aku komen gak status-status yang macamni. " ok, kau banyak duit. aku takde sume bnde tu." tapi manusia macamni jenis tak makan saman aku rase. kau nak tunjuk la kau ada duit, ada kereta and ape bende jelah. so nanti kawan-kawan Facebook kau tu boleh bangga ade kawan kaye macam kau? hello mister, kalau setakat kaye dengan sifat bangge bongkak belagak kau, aku tak heran la weiyh. tolonglaaaa

fikir-fikirkan la segala bende yang korang nak buat di mana-mana pon. please. gunala sikit otak korang kalau akal korang tak berfungsi. asta lavista babeyh..

No comments:

Popular Posts