Tuesday, September 4

surat cinta dari seorang sahabat

Pertemuan yg tk kita sangka, daripada sahabat menjadi sebuah keluarga unik.
Aku dgn sifatku, engkau dengan carakau, tapi kita hasilkan sebuah seni halus melankolik.
Pernah kita bergaduh atas perkara kecil, sungguh apa sangat nak dibandingkan dgn tangisan perpisahan harini.
Puas, aku puas bertemu sahabat seperti kalian. saat tangis bersama, sendu dipujuk, sayang dipupuk.

Nampak titik peluh bersama harini?
Masih, aku dgn caraku, engkau dgn carakau,
Tapi kita masih meniti satu persatu mencari satu mercu tanda bernama kejayaan. bukan, bukan kejayaan sahaja, kejayaan bersama.

Jd nanti, bila dah berjaya cipta nama, jangan pernah lupa semua nama sahabat yg engkau cinta. Aku.. Aku terutama. Kerana, bila engkau lupa, aku yg pertama akan terluka. Syahdunya cinta kita, lebih
syahdu dari cinta adam dan hawa.

Pergila kamu semua. Mari masing2 lakar sejarah hidup bersama. Aku dgn caraku, engkau dgn carakau.

Satu hari nanti, bila dah berjaya, ayuh, ayuh berjumpa. Dan tangkap gambar bersama. Bandingkan, apa beza dulu, dan kita yg skrg. Adakah masih sama, nilai cinta sahabatnya, walaupon semua dah berubah rupa.

Salam syg dariku utkmu sahabat.
Ilal liqo' ;)

No comments:

Popular Posts