Saturday, October 20

cahaya yang aku cari

dulu, tika cinta pergi, hati aku mati.
jiwa rasa kosong, sebak simpan sendiri, anggap tiada siapa peduli.
dulu masa cinta hilang,
aku duduk pertimbang.
adekah cinta utk tuhanku aku luahkan?
mungkin kerana itu dia tidak kembalikan.

pernah tika tidak punya cinta,
tatkala sendiri aku menangis umpama punya hati berduri.
perit, sakit, tiada langsung mana2 nama terpalit.
pernah jugak tika aku tidak punya rasa kasih,
aku merayu mencari seorang yg pengasih,
yg fahami hati sebak ini. jiwa yg meronta ini.

kini, cinta tuhan aku sudah berikan.
dan ia datang tidak keseorang.
di sisi cinta yg berdiri, ada di sebelah kiri dugaan,
di sebelah kanannya cabaran.

aku ambil ketiga2nya,
hanya utk perolehi satu rasa,
yakni cinta.

pendirian?
aku masih sendiri, teguh berdiri di kaki sendiri.
walau kadang aku berjalan atas tanah lembut,
rumput berduri, mahupun jalan yg bahangnya melecur,
aku masih perlu menuju apa yang aku mahu.
berpaling balik, aku bakal tempuh apa yg aku pernah lalui.
kalau mengorak kehadapan, mungkin ada yang aku tidak sangkakan.
sama ada ia onak cabaran ataupon cahaya kegembiraan
aku harus pandang kehadapan.
atas kaki sendiri.
jatuhla berkali, bangunlah berkali,
aku harus tabah sendiri.

salam perkenalan, cahaya cinta abadi.

1 comment:

Mr.J said...

awak apa khabar sekarang~

Popular Posts