Monday, September 13

aku perlu lebih tabah

temanku Sufi,
tintaku kini ku namakan Sufi, kerana kesetiaanmu kepadaku.
juga kerana aku tertarik dengan sebuah buku yang aku beli dan telah habis membacanya,
yang membuatkan aku menjiwai rohani islamic, DIARI SUFI.
kini aku namakan tintaku dari Murka ke Sufi. semoga kau berpuas hati.

Temanku Sufi,
Demi Allah, aku harus lebih tabah daripada biasa. Sufi, hati wanitaku benar2 teruji kali ini.
mengapa waktu ini aku diuji dengan ujian ini? Sufi, nuraniku terseksa dalam genggaman derita yang seakan tak mungkin boleh reda. Sakitnya aku Sufi.

Aku tidak sebaik mana, jauh sekali utk sempurna.
namun Sufi, setelah setengah tahun berlalu, kenapa Allah masih suburkan aku dengan cinta yang sepatut menjadi milikNya kepada cinta kepada manusia?

Demi Allah,  aku masih tidak boleh menghalang rasa cinta kurniaan Allah ini. Subhanallah.
Sufi, mungkin salah lidahku, pernah berbicara dengannya.
mungkin silap naluriku, pernah mengatakan dia aku yang punya.
tapi sufi, teramat salah lisanku kerana pernah mengatakan, Aku cintamu kerana Allah SWT.
sungguh, Allah Maha Besar.*ampuni aku Ya Rahman

"jangan ditanya sebab, jangan ditanya punca. Tetapi terima dengan hati yang terbuka bahawa ini bukan jodoh kita. "
insaf aku padaMu Ya Rabb

Ya Allah, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang terbaik.

Berat sungguh ya Allah dugaan ini.Astaghfirullah..
Agar Allah hapuskan dosa-dosa aku kerana alpa dengan kasih sayang yang Dia pinjamkan.

aku percaya, Allah tidak akan membebankan seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(surah Al.Baqarah : 286)

Aku masih ada Allah yang tidak pernah membiarkan aku,
yang tidak pernah melupakan aku, yang tidak pernah meninggalkan aku,
yang tidak pernah membuangku.

Aku tidak mati hanya kerana janji yang kau mungkiri kerana sesungguhnya aku tidak pernah kau miliki.

Wallahua'lam

No comments:

Popular Posts