Thursday, September 16

duhai Rijal






tidakkah kau tahu bahawa wanita itu memerlukan mu,
tapi adakah kau tahu kau lebih memerlukan aku ?

ar-Rijal,
lahirmu untuk membimbing dunia,
tapi kini kau jadi perosak bangsa,
nisbahmu semakin sikit jadinya,
namun wanita kau jadikan mangsa.

ar-Rijal,
cintamu pada wanita yang halal,
mampu memberi sokongan pada tulang rusuk yang bengkok,
tidak perlulah engkau cuba luruskan,
kerana ia akan patah dan dibiarkan.

ar-Rijal,
uhibbuka ya Rijal,
susahnya ingin mencari si Rijal yang cintakan Allah,
tidak mahukah kau berubah?

ar-Rijal,
kasihan pada para jurit muslimat,
yang dambakan kasih muslim yang sentiasa solat,
perlukan cinta dari muslim melalui cinta Allah yang nikmat.

ar-Rijal,
doamu jadi pendinding kami,
tidakkah kau mahu ke syurga bersamaku menjejakkan kaki?
cintailah aku kerana Allah sepenuh hati,
demi tuhan, engkau tiada yang boleh ku cari ganti.

ar-Rijal,
pimpinlah kami.
kau adalah imam kepada kami,
dengan kau, kami akan tempuhi,
segala sukar dan duri.

No comments:

Popular Posts