Tuesday, September 14

kisah kucingku.

burey, nama diberi.
diberi nama kerana berwarna kelabu yg bahasa inggerisnya grey.
kelaBU+gREY= BUREY.

burey diambil daripada kawan sepupuku.
burey adalah kucing jantan yang berbaka sangat cantik.
antara banyak2 kucing,
dialah yang paling beradab.
aku sendiri tak penah tengok burey ken*ing kat mane2,
buang air besar kat mane2.
pemalu burey ni.

burey tak macam kucing jantan yang lain, piss merata2.
burey tak penah kacau pinggan orang walaupon berisi ikan rebus paling lazat,
walaupon pinggan letak kat atas lantai.
burey tak penah memanjat naik meja makan.
burey tak penah cari gaduh dengan kucing yang lain.
bureyla paling sopan.

burey takut dengan udang (kucing jiranku)
bila nampak udang dari jauh,
burey cepat2 lari masuk dalam umah, menyorok bawah meja makan.
burey penakut. tapi burey tak penah kacau orang, tak penah cakar orang.

burey ade girlfriend. girlfriend burey kucing janda.
girlfriend burey jadi rebutan oleh 2 ekor kucing jantan lain.
sebab tu burey takde zuriat. burey penakutt..

burey tak penah main jauh2.
kalau tak rumah aku, rumah makcik aku yg depan mata. jarang tak sampai 3m jauhnya rumah kami.

harini 14 september 2010, lebih kurang jam 6 petang,
burey kene langgar.
kene langgar dekat kepala.
burey penah kene langgar sebelom ni.
teruk aku jaga dia.
rahang dia luka, dia taknak makan, taknak minum.
air liur dia meleleh2, busuk sangat.
paksu datang rumah, paksu paksa burey minum.
paksu paksa burey minum susu dengan picagari.
burey tak meronta pon, tapi burey keluarkan susu dia je.
burey taknak telan.

burey kene langgar dengan abg aki(abg sepupuku, merangkap tuan burey)
abg aki tak sengaja.
abg aki ingat abg aki langgar kayu.
kuat bunyik tulang burey patah!
mcm abg aki langgar kayu, kayu patah!
angah duduk buaian rumah dengar!
burey tak mengeow, tak menjerit, tak meronta,
burey diam je.
aku dalam rumah, tak tahu apa2.
bila dengar kat luar rumah dah riuh, tengok burey tengah terbaring atas jalan. banyak darah!
abg aki berhentikan kereta, tengok burey.
abg aki nak menangis. abg aki la orang yang paling sayangkan kucing.
abg aki belai burey sampai burey mati.
aku tengok burey sampai saat terakhir.
burey tak mengeow pon!
burey menggelupor.
burey dah berdarah banyak. burey nak bangun berjalan jugak.
*time tu air mata aku dah berlinang.

burey, patutla cik tam(makcik) kata burey buang tebiat harini.
rupanya burey nak pegi.
burey naik atas meja, cari ayam. tapi takde.
amad (sepupu) pergi kluar beli makanan burey.
amad belom balik sampai sekarang.
kalau amat tahu burey dah mati, amad mesti menangis.
alongfarah (sepupu) pon tengok dia menggelupor td.
burey la kami sepupu sepapat makcik pakcik paling sayang.
tak penah kacau orang, tak penah menggeser2.

wakyah (makcik) kata burey mintak makan petang tadi,
burey makan sardin.
tapi burey sbnrnye suka makan ayam.
dulu masa burey kecik lagi, burey suke makan coklat.
burey kutip plastik choki-choki kat mane2 kalau dia bau,
burey kumpul kat bawah pokok mama.
pastu mama mesti marah2. sbb tu kan sampah.
burey :((

burey, burey la kucing paling banyak tuan. ade 3 rumah jage burey. burey boleh pegi mane2.
sebab tu burey tak main jauh2.
ciktam kata burey bising harini, meow sane meow sini.
burey tk penah bising camtu.
rupenye burey dah nk mati.
abg aki menangis, fas sendiri mmg menangis,
alongfarah menangis, tiga2 rumah sedih.
ugha (sepupu) yg tgh tido pon kat umah paling atas, bila dapat tahu burey dah mati,
dia turun tengok burey kene tanam
burey menggelupor lame. kesian burey. terseksa dia sakit.

abg aki mandikan dia dulu sebelom tanam,
syampukan dia dulu sebelom tanam. mmg kami semua sayang burey.
burey tak penah buat hal.

kucingku burey, kat rumah kami semua dah takde kucing.
abg aki cakap,
"kenapa la kau melintas burey. kesian kau. mati kene langgar dengan tuan sendiri."
mungkin ade sebab kenapa Allah tetapkan burey mati kat tangan tuan sendiri.
kalau mati orang lain langgar, mesti tiga2 rumah pergi serang orang tu.
burey :(( dah 2 tahun lebih dengan kami,
iwillmissburey ;((

*sumpah sedih

No comments:

Popular Posts