Wednesday, March 30

...

assalamualaikum

selamat hari baru ;) alhamdulillah masih bernafas lagi harini. syukur ya Allah
sufi, harini kau saksi coretanku.

sufi.. tolong..

katakan pada mereka, aku tidak mahu terjebak dengan cinta manusia,
katakan pada yang tidak mengerti, aku tidak mahu yang semata-mata duniawi,
sufi, boleh bagitahu mereka aku dambakan lelaki seperti mana?
bukan yang dipanggil sang kekasih hati, bukan di panggil buah hati, tapi yang aku gelar 'suami'.


sufi, boleh minta pertolonganmu lagi?
katakan pada si dia dan dia, aku tidak mahu.
tetap tidak mahu..
kerana aku tahu kemahuan hatiku.

sufi, engkau tahu cintaku milik siapa..
boleh engkau beritahu mereka bahawa cintaku hanya untuk dia?
boleh bicara pada mereka bukan aku sombong tak semena,
tapi aku memang tidak boleh menerima.

"dan jika seseorang menyembunyikan cintanya sehingga mati, dia adalah syahid."

sufi,
tidak perlu bicara pada mereka.
jika mereka sudah terpedaya dengan cinta manusia,
biar mereka cari penyelesaiannya sendiri,
baru mereka tahu tentang harga dan maruah diri.


AkhI

No comments:

Popular Posts