Tuesday, March 15

tuk tuk! pintu hati

Assalamualaikum usrati. selamat pagi.
dengan penuh kudrat, aku berusaha untuk melawan nafsuku.

tintaku sufi, harini aku menulis dalam keadaan dan suasana yang cukup aman.
alunan dan lantunan ayat-ayat AQ serta zikir kepadaNya dan kekasihNya cukup jelas kedengaran di telinga. aku melihat fajar siddiq, subhanallah. jarang sungguh aku melihatnya. dan jarang juga aku menadah telingaku terhadap melodi zikir ini kerana kebiasaannya, aku masih di ranjang, beradu dengan syaitan di rejam. astaghfirullah.
dan kali ini juga, aku kedengaran bunyi dari luar pintu bilik 704 ku, sampah. makcik cleaner, dah lama tak nampak makcik kn? pergi kelas, keluar pintu je, tahu-tahu sampah dah kosong. balik bilik, kami dok penuhkan je tong sampah tu. pergi class petang, balik bilik, dah kosong balik tong sampah tu. afwan makcik :)

sufiku, sesuatu menembus hatiku, bisik kasih yang merubah aku harini. terima kasih Allah.

Allah, melaluinya, kau merubah aku kini. syukran. aku selami apa yang telah kau beri, sungguh, banyak berkat dan rahmatMu yang aku telah terlepas dengan kelalaian ku sendiri.jadikan aku izzah yang berada di sisiMu ya Allah. insyaAllah, akan ku cuba segalanya secara perlahan-lahan. pimpinku, bimbingku. berikan aku terbaik untuk diriku dariMu.

No comments:

Popular Posts