from archive : January 2011 ; lebihbaiksayadarimereka (click here to read)
apa yang aku nak cerita ni bukan cerita tipu. cerita yang boleh menyedarkan muslimin dan muslimat sejagat tentang percintaan yang biasanya dilalui pada zaman remaja. pernahkah korang terfikir, macam apa yang aku selalu dok fikir, dan aku ni pon terfikir sejak aku tengok short video dari negara Islam. video tu aku minta maaf la dah lupa tajuk dia apa.tapi overall, dia test muslimin dekat negara islam tu. begins with, dia host kan a program yang bertajuk, in malaynya, jika rasulullah masih hidup. dalam rancangan tu, dorang set a plan dengan beberapa muslim, supaya sengaja tercicirkan wallet dorang kat tepi jalan masa dorang tengah berjalan kat street. okay, dia test dalam 10 orang. 8 orang bertindak jujur dengan mengembalikan wallet tersebut. 2 orang lagi, ambik. apa tindakan dorang dekat 2 orang umat yang mengambil (mencuri) wallet tu? hos tu kejar sampai dapat, and then tanya, "kenapa ambik?".. kemudian dorang bagi secara percuma buku, yg aku dah lupa tajuknya. tapi buku nasihat+motivasi. ade jugak dorang buat scene dekat dalam mahallah altijariah (shopping complex).dorang test dekat seorang gadis berpurdah litup. gadis tersebut pulangkn balik dompet tu, kemudian hos tu tanya, " kenapa pulangkan?", "kerana bukan hak saya.","bagaimana pula jika ada yang mengambil?",gadis tu diam..."jika rasulullah masih hidup, apakah yang kamu ingin katakan pada baginda?", gadis itu menangis..
ok back to the real topic.. couple version islamic.wujudkah? ada yang segelintir berbuat demikian. tapi, halal kah? halal ke halam (halal+haram)? this is a true story. and thanks to Sabrina Suhaimi. dia yang share story ni.
okay. there's a couple. lelaki dan perempuan lah of course. diorang ni berkawan. dah lame berkawan, dorang pon nak jugak la bercinta. so dorang pon decide, "kita couple secara islam lah". macam mana couple dalam islam ni? dorang selalu berjumpa, bila jumpa, dorang taknak la perjumpaan dorang ni jadi lagha. so, bila pegi mana-mana, keluar makan ke apa, dorang bawak al-Quran. dan mereka bertukar-tukar pendapat dengan tafsir AQ yang dorang bawak tu. alhamdulillahh.. bagus dorang. jadi, masa tengah dorang 'busy' dekat dalam sebuah kedai makan ni, dorang di sapa oleh seorang ustaz. ustaz ni tengok dorang ni warak je, bagus. makan pon, kongsi ilmu Allah. jadi ustaz tu pon sapa,
" assalamualaikum. kamu dah berkahwin ke? "
-" belum. "
" jadi ni, memang takde ikatan la ni? kenapa bawak tafsir AQ sama?"
-" kami nak couple secara islamic ustaz. kami taknak perjumpaan kami lagha (sia-sia)"
" em. ustaz nak kongsi cerita dengan antum sedikitla.ceritanya begini, ada seorang hamba Allah ni. dia muslim jugak la. tapi, dia bela seekor babi. dia jaga babi ni baik-baik, elok-elok. memang molek la. dia mandikan babi tu hari-hari, samak babi tu hari-hari, sebab dia kasihkan babi tu. jadi pada suatu hari, dia nak korbankan babi tu sebab dia nak buat kenduri sikitlah. si hamba Allah ni pon, sembelih la babi tu dengan kalimah basmalah, serta menghadap kiblat. mmg cara persembelihan macam aqiqah la. so, dia pon ajaklah ustaz, " ustaz, marila makan daging babi ni. saya dah samak, dah sembelih qurban, halal babi ni ustaz." em, halal ke babi tu pada pandangan antum?". ustaz menutup cerita dengan memberi soalan kepada pasangan tersebut.
-" tak halal la ustaz. benda haram. mana boleh jadi halal."
" itulah yang ustaz nak sampaikan pada kamu. benda haram tak boleh jadi halal. seislamic mana pon lelaki tu nak halalkan babi tu, tetap haram. hukum Allah itu tetap. sama macam antum, couple secara islamic tu, halal ke?"
--pasangan tersebut terdiam.--
jadi kawan-kawan, apa moral of the story nya? renung-renungkan dan selamat beramal.
*dan kerana dakwah itu adalah satu tuntutan, bukan satu amanah
No comments:
Post a Comment