Wednesday, May 11

Dr. Mansur

bangun pagi harini.
plan nak pegi klinik gigi. mcm biasa, check gigi (lagi).

siap2 tolong mama sidai kain, mandi, kenakan blouse hitam, tdung hitam, jeans biru gelap.
beg kulit coklat cair pilihan. saiz kecik. mmg trend zaman sekarang. sarungkn mcm sling bag.
panaskan enjin kereta, anta maira kat umah ciktam depan mata, mintak tolong jaga sat.
hantar mama pegi office dulu. ok dah..

sampai di bandar baru sungai buloh, 3 kali pusing cari parking. hoish bengang betol la.
org sungai buloh ni tak reti dok rumah ke?
pagi2 lagi parking dah penuh.
jenuh pusing 3 kali, ada beberapa parking yg ditarget dah kene ambik,
pusing lagi sekali, ha jumpa satu side parking.
cayalah... walaupon jarak dia jauh sikit dgn klinik, tapi takpela.
daripada dok pusing juta kali..

Klinik Sharifah.
Klinik kepunyaan mak syed anwar. daki tangga masuk klinik dan ke kaunter,
"oh, budak baru.." desis hati.
fas : " root canal berapa ringgit ea ? "
x : " gigi mana? "
fas : " gigi depan. "
x : " 350 "
fas : " nak buat appointment dulu boleh?"
x : " takut lambat la kak, appointment penuh.. "
fas : kakak? hello. baru 20 tau! " ok, takpela kalau camtu, nanti I call jela. " END

berlalu ke klinik gigi sebelahnya pulak. memang klinik gigi berderett kat sini, senang nak survey.

Klinik Dr Mansur
-enter-
loh takde org plak kat kaunter, duduk dulu. tunggu 3minit.
" kete dah kunci ke belom? eish. tak sedap hati.. " dalam hati
-keluar check kete-
locked. nasib baik. unlocked kete, ambek air mineral dlm kete. kemudian locked balik.
berjalan laju ke Klinik Mansur dan daki tangga,
ada kucing dengan baby2 kat tepi tangga dalam kotak, sempat belai2 dulu.
masuk je klinik, nampak ada auntie baru masuk terus ke kaunter.
biar dia kemas2 barang dia dulu, lepas tgk dia dh free, baru bgn ke kaunter.
nak panggil akak ke cik ni?
adeh..
" excuse me.."
tak didengari.
"ehem... excuse.."
masih tak didengari. perlahan sgt ke suara aku ni? hoish.
" excuse me "
 " ha? ha.. ye? "
" nak tanye, root canal kat sini berapa? "
 " gigi mana satu tu? " dgn dialek indon
" yg depan.. "
 " 350.."
" ok , nk check dulu boleh tak? "
 " boleh. bagi IC dik.."
keluarkan IC dan duduk.
" cik fazlina..masuk "
masuk sambil membawa air mineral.  " tumpang letak sini ea ." atas meja dalam bilik doktor.
duduk di kerusi dan tanggalkan sandal krim coklat. bersandar dan tunggu doktor.
" nak buat apa ni? " tanya pembantu tu
 " nak buat root canal. tapi nak check dulu lah.."

Dr Mansur melangkah ke arahku sambil membuka mask..
" ok. nak ape td? "
 " nak check dulu.. sbb sepatutnya kene buat root canal ni."
doktor check. " yg satu ni jeke belah kanan yg harus di buat ? " dialek indon
" dua2 sebenarnye. you check dulu la.."
 " Ape rencana kamu? "
" kalau boleh buat root canal masa terdekat ni, nak masuk study dah 20hb ni. "
 " jadi, apa yang kamu rencanakan? "
sama je dgn soalan td.
" ok camni. doktor tgk la mane satu yg kene buat dulu sbb saya pon takdela nk buat dua2 sekali. tgk la mane teruk, buat gigi yang teruk dulu.. yg satu lagi tu postpone jela."
 " ok. " doktor check gigi.
 " tapi kalau tak buat lg ni pon tak apa. belom teruk. "
" tapi dah ada nanah."
doktor check lagi bahagian dalam mulut.
" err.. bkn kat dalam. kat luar je.." sambil tunjukkan bahagian nanah di bawah bibir.
 " oh ya ya. jadi kalau dah nanah ni memang kena buat root  canal. ya ya betol betol. nasib baik kamu bilang.."
 " ok begini. saya tebuk dulu gigi kamu buat saluran bagi nanah tu keluar dulu. bengkak dah surut nanti baru bisa buat root canal."
" tebuk? sakit tak? "
 " mana ada sakit. gigi kamu tu kan sudah mati. jadi sudah tidak rasa sakit."
" err. ok."
lampu diarahkan ke mulut ku. sedia menganga..
zzeetttt.. bunyik gigi di gerudi.
 " tak sakitkan seperti yang kamu ingat td?"
geleng kepala sikit...
doktor terus menggerudi menskru dan terasa sesuatu di tarik keluar dari gigi.
nyiluuuuuuuuu........
selesai. doktor senyum. "lagi, ada apa2 mahu ditanya?"
fas betolkan duduk dan tanya macam2 soalan.
" lepasni nak tunggu brape lame baru nak buat root canal?"
 " tunggu nanah tu hilang, surut, baru kamu datang. dah surut baru boleh buat RCT nya.. nanti saya bagikan antibiotik dan ubat surut bengkak la, harus habes ya.."
"ya.. tapi ubat yg haritu pon saya tak habes lagi.."
 " yg mana? "
" klinik sharifah, bulan 12 pegi. saya tak habeskan. haha."
 " lepas ni saya bagi ubat pastikan habes. supaya kuman tu lemah. kalau tidak dimakan, nanti kuman jadi kuat terus serang akar kamu itu. make sure habes antibiotiknya.."
"okay. doktor taknak bagi nasihat apa2 ke?"
 " wah. mintak nasihat.. minum air garam la pagi malam. listerine pon bisa. tapi kalau terlampau mencucuk, campur listerine dengan air la.."
" oh.. doktor, memang 350 ke? kalau dengan budi bicara doktor, boleh kurang tak?" membodek, haha
 " ya ya. budi bicara lagi ya. kamu student kn? jadi saya bisa bagi 300 la untuk kamu. yg banding lain pon mmg lebih kn.. jadi 300.. "
 " ya. jadi kamu mahu cantik ka mahu sihat? kalau mahu cantik, saya bisa tampal gigi kanan itu, kalau mahu sihat, teruskan RCT. kemudian rencananya apa? bikin crown atau ada idea lain? tukar pendapat.."
" lepas RCT, saya rasa crown tu lain kali la. tampal saja dulu gigi. dah ada duit baru buat crown. kosnya bukan sikit doktor.."
 " ya betol betol. jadi tampal saja nanti. crownnya postpone, jadi pilih sihat la ni ye? bagus bagus. kalau pesakit saya yang lain, dia mahu tampal dulu. mahu cantik.. sihatnya lain kali.."
" oh, takpe. nak sihat dulu. dah biasa kalau org nk ckp ape. cantik tu short term je. nanti dah sakit, tak cantik dah. huhu.."
 " ya bagus pikiran kamu. ya terima kasih. "
" ok doktor. terima kasih.."
keluar ke kaunter nak bayar. dua jenis ubat pil telan diberikan. " ah menyampah..."
" yg ni antibiotik, kena habeskan yaa... ni ubat utk bengkak. 8 jam sekali. mari saya tulis waktunya sekali.."
 " okay," tunggu sambil kad appointment ditulis atas nama Fazlina Aminin Binti Salim.
" 40."
 keluarkan wallet, note 50rgt dikeluarkan.
" ok terima kasih .. " beransur..

RCT menantiku ahad ni.
insyaAllah takde ape2. ok afwan :)
assalamualaikum

No comments:

Popular Posts