siapa sangatlah aku..
manusia keji berhati kotor,
yang hanya tahu berkata nista,
tidak pernah mampu buat orang percaya.
siapa sangatlah aku..
bertudung tapi busuk hati,
pura-pura memberi ilmu,
padahal diri sendiri belum tentu betul lagi.
siapa sangatlah aku..
jika bertudung labuh pon dipandang keji,
katanya hatiku kotor dan tak suci,
umpama tiada iman di dalam hati.
siapa sangatlah aku..
kata-kataku pedih dan mengguris kalbu,
hampir tertusuk hati yang suci tanpa debu,
menodai manusia yang tinggi maruah diri.
ketahuilah bahawa,
aku ini lah yang pernah mempertahankan mu,
ketika mereka memandang rendah padamu.
ketahuilah bahawa,
jika aku bertudung litup engkau mengherdik ku,
namun apa pula pandanganmu jika rambutku dijamah oleh mata lelaki,
mungkinkah engkau akan menghinaku penzina atau mengherdik ku lebih teruk lagi?
ketahuilah,
sabarku, tetap ada parasnya.
sakit hatiku umpama tenat di dunia,
tapi hatimu tetap ku pelihara,
kerana aku sahabatmu bukan sahaja di dunia.
ketahuilah,
aku berkata terlalu benar tidak berlapik,
kerana aku tidak mahu digelar penipu dan hipokrit,
dan aku punya hak untuk berubah!
engkau manusia seperti ku,
tidak layak berkata aku ni sampah!
dan ingat satu perkara,
jika hatiku ini seperti syaitan,
percakapanmu mengatakan aku sedemikian,
bukankah daripada percakapan syaitan?
sungguh engkau manusia sama syaitan seperti aku!
ketahuilah,
sebusuk hatiku, sekeji sifatku,
aku tidak pernah merendah2kan manusia,
tidak pernah menghakimi mana-mana manusia berdosa,
kerana aku tahu aku ini bukan siapa-siapa,
selain daripada hamba yang sememangnya hina.
namun,
sehina-hina aku, sekeji-keji aku,
tidak akan pernah akan aku membencimu,
tidak akan pernah aku merendahkanmu,
tetapi ingat tentang ini yang satu,
engkau menfitnahku.
moga Allah sahaja yang membalas 'jasa baik' mu.
kepada sahabatku yang tercinta,
di dunia dan di akhirat.
moga aku ingat akanmu,
ketika di padang yang luas..
jumpa di Mahsyar.
Sunday, May 1
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
pretty cool, pretty awesome huh? well, stilettos.. most ladies nowadays love to wear it. it makes women become taller, and have high confide...
-
i dont know what to write but i feel i wanna write something, and i think i only can write this thing assalamualaikum
-
Apa khabar jodohku? Berat rasanya kelopak mataku untuk tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun di sepertiga malam terak...
-
Time to time past, I am really lacking of idea to write on my own blog. maybe I've got so very busy with all my assignments and homework...
-
Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh...
-
ramai yang tak sedar, setiap manusia ada PHD walaupun dorang belom lepas UPSR atau SPM lagi. sounds irrelevant? relevant laa.. percayalah ca...
-
Pertemuan kita di suatu hari Menitikkan ukhuwah yang sejati Bersyukurku kehadap Illahi Di atas jalinan yang suci Namun kini perpisahan yang ...
-
tintaku sufi, potretku kini hanya untukmu. sudah aku putarkan lagu2 indah di minda, sudah aku buaikan perasaanku dengan kenangan manis. ...
-
hello. i am home :) sungai buloh. well, yesterday was a happy day. * i assumed it as happy :) we went to pengkalan balak , melaka for a vaca...
-
Fadhilah Syakirin Binti Salim. the eldest in my sibling. she is 25 years old, and currently warded in Hospital Melaka, nak deliver second b...
No comments:
Post a Comment