Sunday, May 22

hukum memberi dan menjawab salam

Umum mengetahui hukum memulakan salam adalah sunat…dalil2nya juga telah banyak kita temui.Menjawab salam pula hukumnya wajib…tetapi disana terdapat beberapa tempat yang tidak disunatkan kita memberi salam dan tidak wajib menjawab….

Telah dinukilkan dalam kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242…dimakruhkan memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:


  • 1. orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
  • 2. orang yang sedang berada didalam tandas
  • 3. Orang yang sedang makan dan minum
  • 4. orang yang sedang berperang
  • 5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
  • 6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
  • 7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
  • 8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
  • 9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
  • 10. Orang yang sedang qada’ hajat.
  • 11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
  • 12. Orang yang sedang iqamat
  • 13. Orang yang sedang mabuk.
  • 14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
  • 15. Orang yang sedang solat
  • 16. Orang gila
  • 17. kanak-kanak
  • 18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
  • 19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
  • 20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah

Sesiapa yang memberi salam ditempat yang tidak sepatutnya maka tidak wajib jawab…

# Haram menjawab salam dalam solat dan batal solatnya.
# Haram bagi seorang lelaki memberi salam kepada perempuan ( yg bukan mahram ) yang cantik yang boleh menimbulkan fitnah…jika diberi salam haram bagi perempuan tersebut menjawab salam begitu juga haram perempuan memberi salam kpada lelaki…jika lelaki menjawab maka hukumnya makruh.

Sekiranya perempuan tua yang tidak mendatangkan fitnah, harus dia memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki menjawab salamnya.

Boleh bagi lelaki memberi salam kepada sekumpulan perempuan begitu juga boleh bagi sekumpulan lelaki memberi salam kepada seorang perempuan.Ini semua sekiranya tidak menimbulkan fitnah samada kepada lelaki dan perempuan.

Sll aku jumpa kes budak lelaki mengorat budak perempuan dgn bg salam, kemudian bila si perempuan tak menjwb, dikatanya tak baik tak jwb slm. Harus dijwb.. And yg best tu si pempuan plak kdg2 menerima je hujah tersebut tanpa berpikir panjang..

Berbalik kepada persoalan ke dua, Amende nye As’Kum Assmekum? Kalau rs nk sgt bg salam, at least bg la salam dgn sebutan dan huruf yg lengkap. Tak payah nak tunjuk baik tapi malas nk type ayat yg betul. Takde maksud kalau kita taip Askum or Assemekum.

Ucapan Salam

Ucapan salam yang lengkap adalah “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh” yang artinya “semoga seluruh keselamatan, rahmat dan berkah Allah dilimpahkan kepada kalian”. Ucapan salam ini sesuai dengan petunjuk Rasulullah SAW ketika beliau tengah bersama isterinya, ‘Aisyah RA, beliau bersabda:”Ini Jibril mengucapkan salam kepada kamu”. Maka ‘Aisyah RA menjawab:”Wa ‘alaihissalaam warahmatullaahi wabarakaatuh” (HR. Bukhary dan Muslim).

Idealnya seorang Muslim mengucapkan salam dengan lengkap, tetapi tetap diperkenankan seseorang untuk mengucapkan salam:
  • a. Assalaamu ‘alaikum
  • b. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah, atau
  • c. Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh (lengkap)
So kepada lelaki2 yg gatal tak ckup iman, lepas bc post ni tak boleh lagi guna alasan bg salam kat pempuan utk ngorat. Dosa ! Tuk pempuan plak, toksah la gedik suka sgt org laki bg alasan kena jwb slm yg diberi. Tak boleh juga buat tak tahu mengenai hukum ni, kerana skrg kamu dah tahu :)



source : Dungun.net

No comments:

Popular Posts