perit rasanya nak luahkan apa yang aku rasakan..
pedih hati lagi perit dari tusuk tikaman si pembunuh upahan,
sedih pilu aku pendam dan simpan,
tapi Sufi, berapa lama lagi harus ku tahan?
dah berbuku sabar yang ku lama pertahan,
dah berkurun sejak aku kecil sampai sekarang..
sungguh aku sakit Sufi..
Sufi,
boleh aku dengarkan aduanku?
dengarkanlah rintihan hatiku..
tangisku lama bergenang,
tapi ku tahan dari tumpah berlinang,
kerana aku tahu, Allah memberi ganjaran,
pada setiap kesabaran.
Sufi,
perit rasanya menanggung seorang,
tempat mengadu telah lama hilang,
mana ku larat nak tanggung perasaan,
yang sarat dengan rintihan,
yang sarat dengan batin penyeksaan,
aku rebah tanpa belas kasihan.
Sufiku,
puas aku menangis seorang,
linang air mataku sudah tidak tertahan,
aku dambakan kasih seorang insan,
yang boleh aku adukan setiap rintihan,
namun Sufiku,
jodoh di tangan Tuhan,
belum sampai masanya pernikahan menjadi pilihan,
kerana aku sedang jihad berjuang,
mencari kehidupan yang aku impikan,
untuk kebahagiaan bersama dengan suami pilihan.
Sufiku,
rabak sudah sayap aku kini,
pedihnya hati tidak tertahan lagi,
andai aku bisa memilih hidup dan mati,
tentu sahajalah yang aku pilih bukan kehidupan ini.
rebah terbaring sudah benteng ketabahanku
ranap dan musnah mahligai kesabaranku
luluh dan punah segala tipu kegembiraanku
yang tinggal berdiri bersamaku,
hanyalah Allah tuhanku.
Allah,
andai kehidupanku ini membawa keperitan,
maka gantikanlah ia dengan nyawaku..
jika itu sahaja jalan kepada kegembiraan.
Allah,
andai kehidupanku ini mengundang fitnah,
maka ambillah nyawaku,
jika itu sahaja jawapan untuk menutup mulut si pencabul maruah yang menabur fitnah
Allah,
andai kekuatan yang kau berikan kepada aku,
gantikan ia dengan nyawaku,
kerana aku sudah tidak mampu,
menanggung sendiri kehidupanku.
Allah,
hidup aku sudah penuh dengan keperitan,
andai bisa kau berikan aku kegembiraan,
dengan menggantikan nyawaku yang hanya ku pinjam,
maka ambillah balik 'harta' pinjaman ku ini,
sungguh ya Allah..
ambillah nyawaku ini..
Allah,
jika bukan nyawa ini yang Engkau mahukan,
tetapi Taqwaku yang Engkau dambakan,
maka terimalah doa ku beriring dengan rintihan,
dengarlah tangisku yang tiada kesudahan.
Allah,
maafkan aku menangis tidak malu dihadapanMu,
maafkan aku selalu mengadu dihadapanMu,
maafkan aku merintih menagih kasihMu,
maafkan aku selalu meminta-minta dariMu,
kerana aku sudah tiada sesiapa selain diriMu.
Engkau yang merindukan aku ketika aku lupa tentang diriMu,
Engkau yang selalu memerhatikan gerak-geriku ketika aku lupa dengan kehadiranMu,
Engkau yang tidak penat menjagaku, ketika aku terus lupa tentang diriMu,
sungguh Engkau kekasih yang setia pada setiap hamba..
ampun ya Allah andai aku terlupa,
bahawa hidup matiku adalah keranaMu,
bahawa setiap perkara adalah dengan izinMu,
bahawa setiap dugaan adalah kasih sayangMu.
ampun ya Allah terimalah taubatku.
No comments:
Post a Comment